Friday, November 19, 2010

Hari Persekolahan Terakhir 2010

Jamuan Akhir Tahun SMK Sikuati II
[di Floating Restauran Kudat - 15 Nov 2010 ]
Hari ini adalah hari persekolahan terakhir bagi tahun 2010 di Sabah. Bermula esok, sekolah tidak akan dibuka untuk P&P, namun pejabat pentadbiran masih dibuka dan beroperasi seperti biasa. Sekolah akan dibuka semula untuk P&P pada 3 Januari 2011 (Isnin).

Sempenan dengan penutupan sekolah akhir tahun, SMK Sikuati II telah mengadakan jamuan akhir tahun di Floating Restauran, Explanade Sidik, Kudat pada 15 November 2010. Majlis diadakan dengan sederhana sahaja namun sangat meriah dan berjaya mengeratkan hubungan kekeluargaan di kalangan warga Smeks2.

Beberpa orang guru yang menyambut harijadi di dalam bulan Oktober, November dan Disember, turut dirayakan di dalam majlis tersebut. Beberapa orang guru yang mendapat kelulusan untuk berpindah, turut dirayakan di dalam majlis yang bermula dari jam3.30pm sehingga 9.00pm tersebut. Guru-guru yang mendapat kelulusan berpindah ialah En. Mohd Faizal, Cik Samihah, Pn. Norlela dan Pn. Titcy. Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sumbangan yang mereka berikan selama berkhidmat di SMK Sikuati II.

Paling Popular

Senarai Blog...