Cuaca agak terik di Kg. Sumangkap, PDK Matunggong tengahari tadi, di mana berlangsungnya Pesta Gong sejak 8.00am hingga 6.00pm. Pesta gong diserikan dengan pelbagai aktiviti termasuk pukulan gong oleh hampir 100 orang ketua kampung, ratu pesta gong, pelbagai tarian kebudayaan serta persembahan oleh artis-artis tempatan.
En. Steven mempromosi coconut soap |
Gerai-gerai pameran yang memperagakan barang-barang buatan tempatan seperti produk-produk manik, kelapa dara dan pelbagai kraftangan menjadi pelengkap kepada pesta tersebut. Perkara yang menjadi kebanggaan saya ialah sudah ramai penduduk Matunggong khususnya bangsa Rungus yang terlibat di dalam penghasilan produk-produk baru yang berdaya maju. Saya sempat membeli coconut soap, salah satu produk yang dihasilkan oleh anak jati PDK Matunggong. Kebanyakan gerai memperagakan kraftangan yang berkonsepkan seni warisan bangsa Rungus.
Dianggarkan tidak kurang seribu pengunjung telah memeriahkan Pesta Gong yang berlangsung selama sehari tersebut. Sambutan paling hangat kelihatan semasa acara pertandingan ratu pesta gong. Dianggarkan tidak kurang 700 orang menonton berada di sekitar pentas utama semasa pertandingan diadakan.
Saya sempat bertemu dengan beberapa orang kawan lama. Di antaranya ialah En. Atung Mangabis (mantan ADUN N4 Matunggong), En. Jopirun Danggang (Naib Ketua Pemuda I, Bahagian PBRS N4 Matunggong), En. Jopial Mochuha (AJK Bahagian PBRS N4 Matunggong), KAN Sokiping Taanyit, KAN Musilim Gudang, KAN Mojial Mogulizang, En. Morijohn Bisara (PK 1 SMK Pinawantai), ketua-ketua kampung, rakan-rakan guru, kontraktor-kontraktor dan ramai lagi. Saya perhatikan bahawa pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat dapat bergembira bersama dan bersosial dengan penuh harmoni. Sesungguhnya pesta seumpama ini bukan sahaja mampu mengetengahkan identiti Matunggong sebagai pengeluar gong terbesar di Malaysia tetapi juga mempereratkan lagi hubungan sesama manusia. Jelas diperhatikan di pesta tersebut bahawa konsep 1Malaysia bukan lagi satu impian tetapi sudah menjadi satu kenyataan di PDK Matunggong.
Bersama En. Atung Mangabis |
Saya difahamkan bahawa pegawai-pegawai kanan kerajaan serta ketua-ketua kampung telah memainkan peranan yang significant di dalam penganjuran pesta ini. Tahniah kepada En. Arnold Joibi (Penolong Pegawai Daerah PDK Matunggong) di atas penganjuran Pesta Gong 2010 yang begitu cemerlang. Namun saya juga difahamkan bahawa pengunjung pada tahun ini agak kurang berbanding pesta gong tahun 2009. Menurut En. Darwin Kunama (AJK Penganjur), perkara ini mungkin disebabkan oleh tarikh pesta gong pada tahun ini yang jatuh pada hari Ahad di mana kebanyakan umat Kristian bersembahyang dan tidak dapat meluangkan masa berkunjung ke pesta tersebut.
Saya difahamkan bahawa pegawai-pegawai kanan kerajaan serta ketua-ketua kampung telah memainkan peranan yang significant di dalam penganjuran pesta ini. Tahniah kepada En. Arnold Joibi (Penolong Pegawai Daerah PDK Matunggong) di atas penganjuran Pesta Gong 2010 yang begitu cemerlang. Namun saya juga difahamkan bahawa pengunjung pada tahun ini agak kurang berbanding pesta gong tahun 2009. Menurut En. Darwin Kunama (AJK Penganjur), perkara ini mungkin disebabkan oleh tarikh pesta gong pada tahun ini yang jatuh pada hari Ahad di mana kebanyakan umat Kristian bersembahyang dan tidak dapat meluangkan masa berkunjung ke pesta tersebut.
Satu perkara yang sangat menarik perhatian pengunjung Pesta Gong 2010 ialah gong yang dipercayai gong terbesar di dunia. Gong tersebut mempunyai diameter sepanjang 20 kaki. Ramai pengunjung termasuk diri saya, bergambar berlatarbelakangkan gong tersebut. Gong tersebut dikatakan berbunyi juga tetapi kualiti bunyinya tidaklah sama dengan kualiti bunyi gong yang biasa.
Sejak penganjuran pesta gong dimulakan di PDK Matunggong, saya difahamkan sudah banyak impak positif diperhatikan, khususnya di dalam bidang pelancongan dan aktiviti-aktiviti perniagaan yang berkaitan. Pesta yang dianjurkan sebagai aktiviti tahunan ini, telah menjadikan gong sebagai identiti utama bagi PDK Matunggong. Usaha ini adalah amat baik untuk negara dan mampu membahagiakan masyarakat jika dilakukan secara berterusan. Oleh itu, penganjuran Pesta Gong PDK Matunggong perlulah diteruskan pada masa-masa akan datang.
En. Jopial Mochuha dan rakan-rakan lain |
Rakan-rakan sedang bersosial |