Pada hari ini satu gotong-royong yang dinamakan "Gotong-royong 1Malaysia (GR1M)" telah diadakan di bandar Kudat, Sabah. Gotong-royong ini dikelolakan bersama oleh jabatan-jabatan kerajaan persekutuan, jabatan kerajaan negeri, NGO, masyarakat setempat dan peniaga-peniaga di daerah Kudat. Fokus utama gotong-royong ini ialah:
- Memungut sampah
- Memotong rumput dan
- Mencuci longkang.
Kerja-kerja mencuci longkang dilakukan oleh pasukan Bomba dengan kebenaran Jabatan Air Kudat untuk menggunakan air selama 2 jam secara percuma ketika gotong-royong tersebut. Kerja-kerja mengutip sampah pula banyak diberikan kepada pelajar sekolah memengah. Setiap sekolah menengah yang berhampiran dengan bandar Kudat menghantar seramai 50 orang pelajar bersama guru-guru pengiring. Kerja-kerja memotong rumput pula banyak dilakukan oleh jabatan-jabatan kerajaan dan swasta yang mempunyai mesin memotong rumput. JKR dan Lembaga Bandaran Kudat telah menyediakan lori pengankut sampah dan mesin-mesi lain yang diperlukan semasa gotong-royong.
Bergambar Bersama Peserta GR1M Johori Botohong (3 dari Kiri), Datu Akdan Datu Basran (4 dari kiri), Tim. Pengarah BTN Sabah (5 dari Kiri) |
Aktiviti gotong-royong ini dimulakan dengan pendaftaran peserta, acara senamrobik, majlis perasmian diikuti oleh acara utamanya iaitu gotong-royong. Menurut Datu Akdan Datu Basran seramai lebih seribu orang telah menyertai acara senamrobik dan gotong-royong tersebut.
Bandar Kudat kelihatan lebih bersih sejurus selepas Gotong-royong 1Malaysia (GR1M) tersebut. Selain membersihkan bandar Kudat, gotong-royong ini juga berhasrat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa kebersihan bandar ini adalah tanggungjawab bersama. Oleh itu sama-samalah kita menjaga kebersihan bandar Kudat.