Saturday, March 3, 2012

Gotong-royong 1Malaysia (GR1M) di bandar Kudat

Pada hari ini satu gotong-royong yang dinamakan "Gotong-royong 1Malaysia (GR1M)" telah diadakan di bandar Kudat, Sabah. Gotong-royong ini dikelolakan bersama  oleh jabatan-jabatan kerajaan persekutuan, jabatan kerajaan negeri, NGO,  masyarakat setempat dan peniaga-peniaga di daerah Kudat. Fokus utama gotong-royong ini ialah:
  1. Memungut sampah
  2. Memotong rumput dan
  3. Mencuci longkang.

Kerja-kerja mencuci longkang dilakukan oleh pasukan Bomba dengan kebenaran Jabatan Air Kudat untuk menggunakan air selama 2 jam secara percuma ketika gotong-royong tersebut. Kerja-kerja mengutip sampah pula banyak diberikan kepada pelajar sekolah memengah. Setiap sekolah menengah yang berhampiran dengan bandar Kudat menghantar seramai 50 orang pelajar bersama guru-guru pengiring. Kerja-kerja memotong rumput pula banyak dilakukan oleh jabatan-jabatan kerajaan dan swasta yang mempunyai mesin memotong rumput. JKR dan Lembaga Bandaran Kudat telah menyediakan lori pengankut sampah dan mesin-mesi lain yang diperlukan semasa gotong-royong.

Bergambar Bersama Peserta GR1M
Johori Botohong (3 dari Kiri), Datu Akdan Datu Basran (4 dari kiri),
Tim. Pengarah BTN Sabah (5 dari Kiri)
Datu Akdan Datu Basran selaku Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuidat merangkap Timbalan Pengerusi Penganjur GR1M, ketika ditemui menyuarakan rasa puas hati beliau terhadap kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat. Makan minum peserta GR1M ini ditanggung sepenuhnya oleh BTN Sabah. Jawatankuasa Penganjur GR1M ini dipengerusikan oleh En. Nordin Haji Awang Besar, Pegawai Pelajaran Daerah Kudat.

Aktiviti gotong-royong ini dimulakan dengan pendaftaran peserta, acara senamrobik, majlis perasmian diikuti oleh acara utamanya iaitu gotong-royong. Menurut Datu Akdan Datu Basran seramai lebih seribu orang telah menyertai acara senamrobik dan gotong-royong tersebut.

Bandar Kudat kelihatan lebih bersih sejurus selepas Gotong-royong 1Malaysia (GR1M) tersebut. Selain membersihkan bandar Kudat, gotong-royong ini juga berhasrat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa kebersihan bandar ini adalah tanggungjawab bersama. Oleh itu sama-samalah kita menjaga kebersihan bandar Kudat.
Sebahagian daripada Peserta-peserta Gotong-royong 1Malaysia (GR1M)


Paling Popular

Senarai Blog...