Wednesday, May 2, 2012

Pesta Kamatan Peringkat Mukim Tambuluran 2012

Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Tambuluran telah dilaksanakan dengan meriah pada 30 April 2012, 8.00am - 6.00pm di Pentas Gong Terbuka Kg. Sumangakap, Daerah Kecil Matunggong. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB En. Sarapin Magana Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN N4 Matunggong. Tema sambutan Kaamatan Mukim Tambuluran pada tahun ini membawa tema "Cinta terhadap kebudayaan melahirkan masyarakat penyayang". 

Terdapat pelbagai acara yang dipersembahkan dan dipertandingkan sepanjang majlis tersebut. Di antaranya ialah Persembahan Mongigol Sumundai, Pertandingan  Sugandoi Kaamatan dan Pertandingan Ngunduk Ngadau.  Jawatnkuasa penganjur yang dipengerusi oleh En. Jimer Mojupi dan tetamu-tetamu kehormat turut membuat persembahan koir yang bertajuk Tadau Tagazo Do Kaamatan.


En. Jimer Mojupi (Pengerusi Penganjur), AMT PBS, YB Sarapin Magana


En. Jopirun Danggang
Naib Ketua Pemuda II PBRS  Bahagian N4 Matunggong
Penari Mongigol
Penari Sumundai

AJK Penganjur

Juri Pertandingan Sugandoi

Hadirin sedang menyaksikan Pertandingan Sugandoi

En. Makuut Mojuping

Pengerusi JKK Kg. Inukiran & En Makuut Mojuping
Alumni Smeks2

Saturday, March 3, 2012

Gotong-royong 1Malaysia (GR1M) di bandar Kudat

Pada hari ini satu gotong-royong yang dinamakan "Gotong-royong 1Malaysia (GR1M)" telah diadakan di bandar Kudat, Sabah. Gotong-royong ini dikelolakan bersama  oleh jabatan-jabatan kerajaan persekutuan, jabatan kerajaan negeri, NGO,  masyarakat setempat dan peniaga-peniaga di daerah Kudat. Fokus utama gotong-royong ini ialah:
  1. Memungut sampah
  2. Memotong rumput dan
  3. Mencuci longkang.

Kerja-kerja mencuci longkang dilakukan oleh pasukan Bomba dengan kebenaran Jabatan Air Kudat untuk menggunakan air selama 2 jam secara percuma ketika gotong-royong tersebut. Kerja-kerja mengutip sampah pula banyak diberikan kepada pelajar sekolah memengah. Setiap sekolah menengah yang berhampiran dengan bandar Kudat menghantar seramai 50 orang pelajar bersama guru-guru pengiring. Kerja-kerja memotong rumput pula banyak dilakukan oleh jabatan-jabatan kerajaan dan swasta yang mempunyai mesin memotong rumput. JKR dan Lembaga Bandaran Kudat telah menyediakan lori pengankut sampah dan mesin-mesi lain yang diperlukan semasa gotong-royong.

Bergambar Bersama Peserta GR1M
Johori Botohong (3 dari Kiri), Datu Akdan Datu Basran (4 dari kiri),
Tim. Pengarah BTN Sabah (5 dari Kiri)
Datu Akdan Datu Basran selaku Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuidat merangkap Timbalan Pengerusi Penganjur GR1M, ketika ditemui menyuarakan rasa puas hati beliau terhadap kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat. Makan minum peserta GR1M ini ditanggung sepenuhnya oleh BTN Sabah. Jawatankuasa Penganjur GR1M ini dipengerusikan oleh En. Nordin Haji Awang Besar, Pegawai Pelajaran Daerah Kudat.

Aktiviti gotong-royong ini dimulakan dengan pendaftaran peserta, acara senamrobik, majlis perasmian diikuti oleh acara utamanya iaitu gotong-royong. Menurut Datu Akdan Datu Basran seramai lebih seribu orang telah menyertai acara senamrobik dan gotong-royong tersebut.

Bandar Kudat kelihatan lebih bersih sejurus selepas Gotong-royong 1Malaysia (GR1M) tersebut. Selain membersihkan bandar Kudat, gotong-royong ini juga berhasrat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa kebersihan bandar ini adalah tanggungjawab bersama. Oleh itu sama-samalah kita menjaga kebersihan bandar Kudat.
Sebahagian daripada Peserta-peserta Gotong-royong 1Malaysia (GR1M)


Saturday, January 28, 2012

Majlis Penerangan Biro Publisiti BN Negeri Sabah

En. Johori Botohong, YB. Datuk Hj. Sapawi Hj. Ahmad , En. Edward Sinsong,
YB. Dato' Abdul Rahman Dahlan, En. Rayner F. Udong

Nama Program
Majlis Penerangan Biro Publisiti Barisan Nasional Negeri Sabah

Tarikh: 28 Januari 2012
Masa: 10.00am - 1.00pm
Tempat
Tingkat 5, Bangunan UMNO Negeri Sabah, Kota Kinabalu.



Pengerusi Pengelola
YB. Datuk Sapawi Hj. Ahmad
Pengerusi Biro Publisiti & Penerangan BN Sabah

Perasmi
YAB. Datuk Seri Musa Haji Aman
Ketua Menteri Sabah/ Pengerusi BN Sabah





YB. Datuk Haji Ahmad Maslan

Penceramah
YB.Datuk Haji Ahmad Maslan
Pengerusi Biro Publisiti & Penerangan Nasional






Bersama En. Rayner F. Udong [Ketua Penerangan PBRS]












Bergambar bersama En. Rayner F. Udong dan En. Ab. Halim Tuah Rahmat [Pegawai Khas (Penerangan)  kepada YB Datuk Haji Ahmad Maslan, selepas membincangkan pelaksanaan Kursus Penceramah 1Malaysia yang akan dilaksanakan di Kem Bina Semangat Kundasang Ranau dalam masa terdekat.

Paling Popular

Senarai Blog...